Quantcast
Channel: UTMDigital
Viewing all articles
Browse latest Browse all 443

CICT Menerima Tujuh Staf Baru Sejak Jun 2015

$
0
0

CICT Johor Bahru, 4 Oktober  – CICT telah menerima tujuh orang staf baru sejak Jun hingga Oktober 2015 yang terdiri daripada Timbalan Pengarah (Pengkomputeran), Felo Akademik IT dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.

Dr. Mohd Shahizan bin Othman dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pengkomputeran) bermula 1 Oktober 2015. Manakala tiga orang staf baru yang dilantik sebagai Felo Akademik IT terdiri daripada Dr. Syed Norris Hikmi bin Syed Abdullah yang bermula pada 1 Jun 2015, Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad yang bermula pada 1 September 2015 serta Dr. Eng. Jaswar, bermula pada 1 Oktober 2015.

Selain itu, dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 yang baru melapor diri adalah Cik Nurul Hamizah bt Mohd Amin yang melapor diri pada 1 September 2015 serta Puan Siti Khadijah bt Kamaruddin yang memulakan tugas pada 1 Oktober 2015.

CICT mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada staf-staf baru dan semoga dapat memberikan khidmat bakti yang terbaik bagi meningkatkan lagi kecemerlangan CICT di peringkat global.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 443