Quantcast
Channel: UTMDigital
Viewing all articles
Browse latest Browse all 443

Empat Kumpulan CICT Menang Gangsa di Sukan Staf UTM 2015

$
0
0

Lapan pasukan CICT telah menyertai acara di dalam Sukan Staf UTM 2015 yang diadakan pada 10 hingga 15 September 2015 anjuran Badan Kebajikan Staf (BAKES). Acara yang melibatkan pasukan CICT adalah catur, petangue single, petangue triples, bola tampar (lelaki), bola tampar (wanita), bola sepak (lelaki), futsal (lelaki) dan badminton (lelaki).

Pasukan bola tampar (lelaki), futsal (lelaki) dan badminton (lelaki) telah menjejakkan kaki ke suku akhir. Manakala, empat pasukan lagi iaitu catur, petangue single, petangue triples dan bola tampar (wanita) telah mendapat tempat ketiga iaitu menggondol pingat gangsa.

Staf CICT yang mendapat gangsa adalah Nazeri bin Sarip (Catur); Mohd Hamri bin Mohd Yusuf (Petangue Single); Mohd Zainudin bin Abd. Karim, Mohd Zahari bin Zainal Abidin dan Mohd Fadly bin Slamat (Petangue Triples) serta pasukan bola tampar (wanita) yang terdiri daripada Siti Mariyam bt Mamat, Rusnizah bt Hamdi, Noor Baidura bt Ismail, Suraya bt Ibrahim, Azniza bt Ali, Zuraida bt Yahya, Norzemawati bt Zakaria, Rohayah bt Dahar dan Nurul Hamizah bt Mohd Amin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 443