Quantcast
Channel: UTMDigital
Viewing all 443 articles
Browse latest View live

Lawatan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Dan Sesi Taklimat Dan Perkongsian Teknologi Terkini

$
0
0
Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah menerima tetamu VIP iaitu Naib Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Profesor Ir. Ts. Dr. R. Badlishah bin Ahmad dan Ir. Dr. Annuar Mat Safar, Ketua Jabatan UNIMAP digital.  Beliau telah diringi oleh Pengarah Urusan, Syarikat Aruba Networks a Hewlett Packard Enterprise, Encik Julian Chow dan Pengarah Urusan, Strategic Alliance Sdn. […]

TEMPORARY CLOSURE OF DIGITAL CARE, UTMDigital UTM JB AND KL

$
0
0
Please be informed that DigitalCare Counter, UTMDigital in UTM Johor Bahru and Kuala Lumpur campuses will be closed temporarily from 13 Oct 2020 (Tuesday) until further notice due to increase in positive cases of COVID-19 throughout Malaysia.  However, all ICT services and support are still available through the following channels: online sessions, phone calls and […]

BENGKEL UTM IDENTIFICATION (UTMID)

$
0
0
UTM Identification (UTMID) adalah pengenalan unik yang diberikan kepada pengguna sebelum dibenarkan untuk mengakses perkhidmatan ICT termasuk rangkaian UTM, UTMWiFi, Portal MyUTM dan UTMSmart.  Buat masa ini, UTMID hanya disalurkan untuk pelajar dan kakitangan yang berdaftar.  UTMID juga digunakan sebagai ID e-mel rasmi untuk kakitangan dan pelajar.  Bengkel UTMID telah  diadakan selama dua (2) hari […]

STAF BARU MELAPOR DIRI

$
0
0
Pihak UTMDigital telah menerima kehadiran seorang staf baru iaitu Encik Ahmad Faiz Bin Abdul Hamid berjawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) (Tetap) yang melapor diri pada 1 Disember 2020 (Selasa). Semoga semua staf diharap dapat memberikan kerjasama kepada beliau untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan nama baik UTMDigital khususnya dan UTM.  Pihak UTMDigital juga mengucapkan Selamat Datang  kepada Encik Ahmad Faiz Bin Abdul Hamid dan semoga dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada […]

BYOD Product Offering

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Sesi Perkongsian berkaitan “BYOD Product Offering” yang akan disampaikan oleh wakil-wakil syarikat pengeluar komputer riba. Sesi berkenaan akan disampaikan oleh: TARIKH : 7 DISEMBER 2020 (Isnin) Masa :  9.30 AM – 10.30 AM Tajuk :  Microsoft Surface in Higher Education Disampaikan Oleh : Dayang […]

STAF BARU MELAPOR DIRI

$
0
0
Pihak UTMDigital mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang  kepada  dua orang staf baru iaitu Encik Muhammad Hamizan bin Mohd Amin dan Puan Noraini binti Hazes@Aziz, berjawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) (Tetap).  Mereka telah melapor diri pada 20 Disember 2020 (Ahad) di Bahagian Sumber Manusia, UTMDigital.

STAF BARU MELAPOR DIRI

$
0
0
Pada 3 Januari 2021 (Ahad), pihak UTMDigital telah menerima kehadiran seorang staf baru melapor diri iaitu ENCIK MUHAMAD SYAHMI BIN MOHAMAD FADZLI berjawatan sebagai JURUTEKNIK KOMPUTER (FT19) (Tetap). Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama yang baik kepada mereka untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada UTMDigital khususnya dan UTM.  Pihak UTMDigital juga mengucapkan Selamat Datang  kepada ENCIK MUHAMAD SYAHMI BIN MOHAMAD FADZLI dan semoga dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada UTMDigital.

PERSARAAN STAF UTMDIGITAL

$
0
0
Pada 31 Januari 2021, merupakan tarikh terakhir untuk Puan Zaiton binti Salimon dan Puan Anora binti Mat Emrin berkhidmat di UTM khususnya di UTMDigital kerana mereka bersara pilihan mulai 1 Februari 2021.   Sedikit latar belakang mengenai kedua-dua staf tersebut. Puan Zaiton mula berkhidmat di UTM Kuala Lumpur pada 11 Disember 1989 sebagai Penolong Pegawai Sistem […]

UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

$
0
0
Pihak UTMDigital mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Profesor Madya Dr Mohd Shahizan bin Othman di atas sumbangan dan jasa-jasa yang telah diberikan semasa kepimpinan beliau di UTMDigital. Profesor Madya Dr Mohd Shahizan bin Othman yang telah dilantik pada 21 Januari 2018 dan menamatkan tugas sebagai Pengarah UTMDigital UTM pada 21 Januari 2021. Semoga Profesor Madya […]

STAF BARU MELAPOR DIRI

$
0
0
Pihak UTMDigital mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang  kepada  seorang staf baru iaitu Encik Muhammed Syukry Bin Ismail, berjawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) (Tetap).  Beliau telah melapor diri pada 21 Mac 2021 (Ahad) di Bahagian Sumber Manusia, UTMDigital dan di tempatkan di Bahagian Inovasi Digital (DDI) Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama yang baik kepada Encik Muhammed Syukry […]

PERSARAAN TUAN HAJI ROSLAI BIN PAIMIN

$
0
0
3 Mac 2021 adalah hari terakhir Tuan Haji Roslai bin Paimin berkhidmat di UTM kerana akan mula bersara wajib pada 4 Mac 2021.  Beliau telah berkhidmat di UTM selama 32 tahun.     Tuan Haji Roslai bin Paimin mula berkhidmat di UTM pada 16 Mac 1987 sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 di Institut Sains […]

PROGRAM PEMBUDAYAAN ILMU SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

$
0
0
Pada 31 Mac 2021, (Rabu) jam 9.15 pagi, pihak Pengurusan UTMDigital dan Kelab BUDI telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu Sempena Menyambut Ramadhan.  Program tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat UTMDigital. Program bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis diikuti oleh Bacaan Doa oleh Encik Mohd Khairi bin Hassan.  Ceramah menyambut Ramadhan telah disampaikan oleh YBhg Shaykh Imran Angullia Al-Hafiz daripada […]

PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH

$
0
0
TAHNIAH diucapkan kepada Encik Jaffar Sidek bin Haron di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Strategi Digital (DDS) selama dua (2) tahun berkuatkuasa mulai 1 April 2021 hingga 31 Mac 2023. Semoga dengan pelantikan ini beliau dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang ke arah mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi di peringkat Universiti. Diharap semua […]

MENJALANKAN TUGAS TIMBALAN PENGARAH (BAHAGIAN INOVASI DIGITAL) JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL (UTMDIGITAL)

$
0
0
Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Mokhles Bin Md Sawal telah dilantik untuk menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Bahagian Inovasi Digital) UTMDigital berkuatkuasa mulai 1 April 2021 sehingga jawatan tersebut selesai dibuat pengisian, di samping menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian (Bahagian Inovasi Digital).  Keperluan menjalankan tugas ini adalah disebabkan Timbalan Pengarah (Bahagian Inovasi Digital) telah tamat tempoh jawatan […]

PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN UTM 2021 – JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL


KUTIPAN ZAKAT FITRAH UTM JOHOR BAHRU- JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021M

Temporary Closure of DigitalCare Counter

Microsoft 365 Applications Workshop

$
0
0

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Program Fast Track Microsoft: Microsoft 365 Applications Workshop. Untuk makluman, Microsoft 365 terdiri daripada aplikasi terbaru antaranya seperti Word, Excel, PowerPoint, Power BI dan Sharepoint yang dapat membantu organisasi meningkatkan produktiviti kerja staf. Inisiatif ini adalah selaras dengan peranan UTMDigital sebagai Pemacu Universiti Digital yang akan membantu warga kampus menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 7hb Julai 2021 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Penceramah : En. Muhamad Syukri Bin Abdul Manaf
Microsoft 365 Cloud Adoption Engineer
Alfa Connection

Moderator : En. Mohd Sofian Bin Mohd Amran
Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian Strategi Digital, UTMDigital

Kaedah : Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams
Pautan : http://tiny.cc/UTMDigitalM365

Untuk makluman, UTMDigital akan mengadakan Program Fast Track ini secara berterusan sepanjang tahun 2021. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan.

Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput menyertai program ini.

Sekian, terima kasih.

Microsoft Teams Meeting Workshop

$
0
0

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Program Fast Track Microsoft : Microsoft Teams Meeting Workshop. Untuk makluman, Microsoft Teams merupakan alat bantu (tool) komunikasi dan kolaborasi bekerja yang boleh membantu organisasi meningkatkan produktiviti kerja staf. Inisiatif ini adalah selaras dengan peranan UTMDigital sebagai Pemacu Universiti Digital yang akan membantu warga kampus menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 28hb Julai 2021 (Rabu)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Penceramah : En. Muhamad Syukri Bin Abdul Manaf
Microsoft 365 Cloud Adoption Engineer
Alfa Connection

Moderator : En. Mohd Sofian Bin Mohd Amran
Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian Strategi Digital, UTMDigital

Kaedah : Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams
Pautan : http://tiny.cc/UTMDigitalM365

Untuk makluman, UTMDigital akan mengadakan Program Fast Track ini secara berterusan sepanjang tahun 2021. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan.

Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput menyertai program ini.

Sekian, terima kasih.

Viewing all 443 articles
Browse latest View live