Quantcast
Channel: UTMDigital
Viewing all articles
Browse latest Browse all 443

Majlis Penghargaan Staf dan Sambutan Maulidur Rasul

$
0
0

Satu Majlis Penghargaan Staf dan Sambutan Majlis Maulidur Rasul anjuran Bahagian Pengurusan Korporat dan Badan Kebajikan CICT telah diadakan pada hari Khamis, 28 April 2016 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Seminar Aras 4, CICT UTM Johor Bahru.

Sesi awal program dimulakan dengan aluan daripada pengerusi majlis serta diiringi dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Fairus bin Ahmad. Setelah itu, program diteruskan dengan ucapan ringkas daripada pengarah CICT iaitu Prof. Dr. Ali bin Selamat, disusuli dengan persembahan montaj, ucapan daripada staf yang diraikan iaitu En. Taha bin Othman serta penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan.

Selepas itu, program diteruskan dengan sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan aktiviti ceramah daripada penceramah jemputan iaitu Ustaz Khairul Fahmi bin Anuar, daripada Selesa Jaya, Skudai, Johor. Kemudian, disusuli dengan berselawat beramai-ramai, penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan, jamuan makan serta majlis bersurai pada 12.00 tengahari.

Majlis Penghargaan En Taha majlis Sambutan Maulidur Rasul


Viewing all articles
Browse latest Browse all 443