Pihak CICT akan melaksanakan kerja-kerja Fasa 2 : Pertukaran Modul CISCO Firewall.
Sehubungan dengan itu akan terdapat gangguan akses bagi semua pengguna/server/aplikasi dalam UTM ke server/aplikasi UTM. Akses dari luar UTM ke server – server utama UTM juga akan mengalami gangguan (pada kadar minima). Gangguan juga melibatkan akses pengguna UTM ke internet. Gangguan tidak akan melibatkan perkhidmatan YES/YTL di kolej – kolej kediaman. Gangguan akan berlaku pada masa dan tarikh seperti berikut:
Tarikh : 17 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 00:00 pagi – 05:00 pagi
Segala kesulitan amatlah dikesali dan harap maklum. Mohon kerjasama semua pihak memaklumkan perkara ini kepada yang berkaitan.